About Me

Orang gila yang hampir waras dan tak mengaku gila
Powered by Blogger.

Friday, December 20, 2013

Kepada:

Asal dari sebahagian tubuhku,
Di sisi kiri, bengkok,
Aku tidak kenal siapamu sampai tiba detiknya nanti,
Dan bila tiba detiknya nanti,
Aku ingin kau mengerti,
Aku bukanlah pria yang sempurna,
Janganlah kau lari,
Aku bukanlah adiwira selamatkan dunia,
Apatah lagi pujangga yang pandai bermadah kata,
Maka janganlah kau mengata,
Aku bukanlah lelaki impian,
Tapi kau akan sedari,
Yang aku tak perlu menjadi pria yang sempurna,
Kerana kau telah menyempurnakan aku,
Maka berdirilah disisi,
Bukan dibelakang untuk menjadi suruhan,
Bukan dihadapan untuk memimpin,
Tapi disisiku, melalui setiap jeram dan seloroh kehidupan,
Bila gelora melanda, genggam tanganku,
Bila jenaka tiba,peluklah diriku,
Ditegur dan menegur,
Oleh itu, jangan lari,
Wahai pemilik rusuk kiriku,
Aku bukanlah adiwara dunia,
Namun akan aku tatah namaku sebagai adiwira hatimu,
Aku bukanlah jua pujangga,
Melihat semua sisi kehidupan dan mengharapkan kehidupan yang sempurna dari pemerhatian dan kata-kata,
Dari itu, aku berkata apa yang aku rasa,
Berjanji apa yang mampu aku tepati,
Agar tiada dusta
Untuk pemilik tulang rusuk kiriku




Shah alam, selangor
1.43 p.m
21.12.2013

Monday, December 16, 2013

untuk masa kini

Tersenyum menutup jiwa yang lara,
Ketawa tersembunyi air mata,
Berlagak seperti tiada apa-apa,
Hati di dalam terpahat seribu luka,
Berjalan seolah dunia miliknya,
Tidak disedari orang lain,
Jejak bernanah luka yang ditinggalkan,
Menyanyi seperti hati riang,
Belajar ibarat hati senang,
Bergurau tak ubah kehidupan yang sempurna dalam genggaman,
Mencoret, melalut dan mencarut,
Tak ubah seperti pak turut,
Hanya tahu menurut dan mengikut,
Supaya tidak dilihat oleh orang,
Segala kepedihan, kesakitan, kelukaan,
Yang ditanggung,
Segala kerinduan, kesedihan dan kepahitan,
Yang menggunung,
Ditelannya kasar agar tidak menyusahkan hidup orang lain,
Di luar kelihatan sempurna tiada cacat cela,
Di dalam mengila badai yang melanda,
Itulah kehidupan dipamerkan,
Sempurna hanya di mata mereka





10.23 p.m
Dalam bilik rumah sewa
Seksyen 15 shah alam
Selangor

Wednesday, December 11, 2013

nak ke tak nak?

Macam-macam perkara yang bermain di minda. haih. pening, sesak dan lemas. tapi kalau tak dicuba, belum tentu akan dapat jawapan.

jangan bilang tidak, bila kita belum mencuba,
siapa yag tahu akan sama,

betul apa yang penulis lirik di atas cuba sampaikan. belum mencuba sudah mengalah. hmm.. keputusan dah dibuat, akan dicuba walaupun peratusan ditolak agak tinggi. bismillahirahmanirrahim.

Wednesday, December 4, 2013

Kos Lepas?

Sejujurnya, apa yang kita tahu mengenai kos lepas? Konsep? Praktikaliti? Idea? Atau hanya sekadar tahu ia adalah hukum ekonomi dan tidak berkaitan dengan kehidupan? Ya, kos lepas adalah hukum ekonomi dan tidak, kos lepas bukan sekadar hukum ekonomi. Secara asasnya, kos lepas ialah perkara yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan sesuatu. Kadangkala, kos yang dilepaskan lebih bernilai daripada kos yang diambil. Acapkali aku terfikirkan tentang hal ini. Si arif berkata,'belum cuba belum tau', si bodoh pula berbisik,'kalau berani mencuba, belum tentu akan mengena'. Kedua-duanya benar dan tepat. tapi yang mana menjadi pilihan? Itulah yang dinamakan kos lepas. Maka, pertimbangkanlah baik buruk sesuatu perkara, fikir sedalamnya. Persahabatan dan percintaan, dua perkara terbesar dalam hidup. Tanpa persahabatan, kera sumbang layaknya, Tanpa percintaan, mungkin akan kesunyian namun jarang sekali kita dapat merasai kedua-duanya serentak apatah lagi apabila P dan P berada dalam satu bulatan yang sama. Yang mana akan dilepaskan? Tepuk dada tanyalah selera.

cerita sang langit

hitam, gelap, kelam,
langit seakan bersedih,
itu dan ini,
pelbagai ragam manusia menyakitkan hati,
berlari kesana kemari,
berteriak bertempik,
langit hanya mampu bersedih,
manusia semakin hilang arah,
hilang tamadun dan pedoman,
sorak sarai kononnya kemenangan,
walhal kampung tergadai,
langit menangis,
biarlah manusia tahu,
langit sudah tidak mampu menanggungnya,
menangislah sepuasnya wahai langit,
menangis sampai kering airmatamu,
biarkan manusia sedar,
bukan semua dalam kawalan mereka.


(takziah kepada mangsa banjir, semoga tabah menghadapinya)