About Me

Orang gila yang hampir waras dan tak mengaku gila
Powered by Blogger.

Saturday, January 7, 2012

gadisgulakapas


saat terpandang wajahmu,
fikiranku melayang,
mengimbau kembali memori,
saat pertama kali ku bersua denganmu,

kau bersama teman-temanmu,
berjalan, bergelak tawa tanpa menghiraukan orang sekeliling,
tanpa menghiraukan aku yang lalu disebelahmu dengan satu renungan,
hati keciku berbisik,
adakah engkau jatuh hati padanya?
tidakku hiraukan perasaan itu..

melihat kau bersama kekasihmu,
bercanda membuatkan aku tahu,
kau sedang bahagia, lalu ku pendamkan sahaja perasaan ku,
malah ku hindari dari bertemu dengan mu,
walau kau tidak menyedari tindakanku itu,

tapi sekarang,
segalanya sudah berubah,
kau gadisgulakapasku,
yang ku sayangi dan cintai,
aku yakin dengan perasaan ini,

kepada gadisgulakapas,
maafkan aku jika kau terluka
aku hanya insan yang penuh dengan permasalahan,
tapi aku akan berusaha untuk membahagiakan kau,
kerana kutahu,
gadisgulakapasku akan keras sekiranya dibiarkan begitu sahaja,
tidak lagi cair dan tidak lagi manis seperti sekarang,

percayalah, andai dapat kuseru lingkaran aurora,
akan kuseru dan kukalungkan di kepalamu,
sebagai bukti kau lah permaisuri hidupku,
GADISGULAKAPAS.:)

No comments:

Post a Comment