Monday, January 16, 2012
tabahkan hati hambaMU
urgh.. macam-macam dugaan melanda diriku.. satu per satu datang menguji kesabaran.. aku takut aku tak mampu untuk terus menahan asakan dugaan yang menggila.. semua melakukan kesilapan.. sudah pasti.. tetapi kenapa aku dihukum sebegini? sebab aku tak berduit? aku tidak mempunyai rupa? aku tahu aku tidak mempunyai kedua-duanya.. aku tidak mahu bermusuh dengan sapa-sapa.. aku tidak hidup di dunia untuk mencari musuh.. bermusuhlah dengan aku, jauhi la aku, itu adalah dugaan bagiku.. tapi andai satu hari nanti, mereka datang meminta pertolongan, datang menghulur persahabatan atau datang meminta atau menghulur kemaafan, pintu untuk mereka sentiasa terbuka.. aku adalah insan biasa, tidak maksum dari dosa dan noda.. sesungguhnya aku tidak layak untuk mendendami makhluk Allah.. kepada mereka, aku meminta sejuta kemaafan atas segala silap aku.. maafkan insan yang hina ini agar apabila kematian menjemputku, aku tidak tergantung diantara langit dan bumi.. dan aku tidak mereka jadi sebegitu kerana aku.. seandainya tiada jodoh untuk bertemu kembali dengan mereka, aku mahu mereka tahu bahawa aku telah maafkan segala kesilapan mereka.. ya Rabb, kuatkan aku supaya terus dapat menahan dan bersabar dengan segala dugaan ini.. agar aku tidak lagi mengulangi kekhilafan aku yang dulu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment