About Me

Orang gila yang hampir waras dan tak mengaku gila
Powered by Blogger.

Monday, June 17, 2013

Mencari Konklusi

pada malam,
kutanyakan dimana kejoraku,
pada siang,
kuharapkan jawapan,
kumencari dan menyelongkar
ke sudut hati paling dalam,
apa yang sebenarnya hidup ini mahukan dariku?
apa sebenarnya hikmah disebalik yang berlaku?

malam dan siang berlalu pergi
hari demi hari
dan aku masih terpinga
mencari sebuah konklusi

BM 303
Bangunan FPP
UiTM Shah Alam
11.58 a.m
18.6.2013

Friday, June 7, 2013

Si Pandai atau Si Bodoh?

carilah ilmu sampai ke negeri china.. kalimah yang ku pegang sampai ke hari ini... dan ku akui, hingga detik ini, aku masih kehausan ilmu, kebuluran pengetahuan.. semakin ku gali lubang ilmu, ku rasa semakin cetek.. hairan.. yang kudamba, sebuah kejayaan dan keyakinan dalam ilmu pengetahuan semakin menjauh.. salahkah aku menjadi bodoh? jumud dalam segala hal ilmu? bukan tak dicari segala macam teknologi yang semakin hari semakin membutakan hati manusia, tetapi penat untuk ku berlari mengejar, mengapai lalu ku putuskan untuk bersifat jumud, kaku dan beku.. biarlah mereka yang mampu terus mengejar segala macam anasir bawaan barat.. aku dan konvensional mungkin sukar dipisahkan.. sejak bertatih aku diajar sebegitu.. bukan salah ibuku, bukan salah ayahku, bukan salah guruku, bukan salah sesiapa.. aku yang putuskan untuk jadi begitu serta begini.. kerana menuntut ilmu tanpa guru ibarat menuntut dengan syaitan.. aku tidak mahu menjadi si pandai marc, atau menjadi si genius einstien yang menghuru-harakan dunia.. aku mahu menjadi si bijak yang menunduk ke bumi, mencari cari hama-hama ilmu dalam perjalanan kehidupan waima di saat itu buku dan penulisan hanyalah dijadikan pengelap lantai yang basah.. aku tetap akan menghirup dan menyedut. biarlah.. aku rela menjadi si bodoh yang selalu bertanya daripada aku menjadi si pandai yang alpa agar di saat kematian mengetuk pintu, aku tersedia dengan segala ilmu di dada.

Tuesday, June 4, 2013

Meninggalkan, Ketinggalan dan Ditinggalkan?

alhamdulillah.. masih aku diberi secangkir peluang untuk menghirup udara di alam fana ini.. agak lama aku tak menjengah ke blog.. sibuk dengan tugasan serta kemalasan membuat aku malas untuk menaip.. hmm.. ketinggalan, meninggalkan atau ditinggalkan? kenapa? aku merupakan insan dalam tiga ketegori tersebut.. dikala semua manusia semakin menghampiri dunia hujung jari, aku semakin meninggalkan keghairahan itu.. semakin aku meninggalkan, semakin aku ketinggalan dan ditinggalkan.. haha! lawak.. aku yang membuat pilihan tapi aku yang menjadi mangsa.. lihat dari persepsi lain, adakah kita semua ini sebenarnya hamba kepada teknologi atau ingin mengikut gaya semasa yang sebenarnya menjadikan kita semua hamba atau ingin dilihat sebagai tidak ketinggalan yang akhirnya turut menjerumuskan kita menjadi hamba.. fikir secara terbuka.. inilah kenyataan hidup pada hari ini... yahudi mula bersorak riang dengan kealpaan kita yang secara sukarela menjadi hamba kepada mereka.. aku tidak menyalahkan sesiapa.. sekadar ingin berkongsi rasa.. mungkin suatu hari nanti aku mungkin akan meninggalkan jalan tradisi lantas cuba untuk mengejar apa yang aku ketinggalan walaupun aku tahu aku masih akan ditinggalkan oleh mereka-mereka yang taksub dengan keajaiban teknologi dan aku tahu aku akan terus ketinggalan, meninggalkan dan ditinggalkan oleh arus teknologi yang terlalu laju dikembangkan..

Perjalanan Sebuah Kehidupan

#3 post aku yg berikutnya aku ambil dari blog aku yang dah lama bersarang dan tak digunakan lagi. maka dengan itu, 3 post tersebut adalah post yang dipilih untuk diletakkan dalam blog ini yang telah aku copypaste dan tidak diubah struktur ayatnya. sekian terima kasih.

Monday, June 3, 2013

Penceritaan Sebuah Harapan Kecundang

Kulihat,
Kuamati,

Seorang tua itu,
Terbaring kaku di katil,
Mata memandang siling,
Tidak berkelip,
Mengenang nasib diri mungkin,
Sambil menahan sebak yang bersarang,

Seorang tua itu,
Sentiasa menjenguk ke muka pintu
Berkira bila akan datang
Orang yang dikenalinya
Datang dan membawanya pergi
Dari tempat yang penuh dengan kesedihan

Si tua yang lain
Sedang rancak bercerita
Bercerita dengan gayanya,
Menghiburkan disekelilingnya,
Ketawanya bergema,
Menutup luka yang ghaib di mata,
Yang berdarah dan bernanah,
Tanpa yang mendengar menyedarinya.

(Khas untuk warga Rumah Tua dan Jagaan Al-Ikhlas, Puchong Selangor)

AC 669
Bangunan FPP
UiTM Shah Alam
12.20 p.m
3.6.2013

Saturday, June 1, 2013

Selamat Tinggal Bumi Kuantan Untuk Waktu Ini

Selamat jalan semua
Aku pergi menyambung perjuangan yang belum selesai
Doakan aku

Kuarters kerajaan Malaysia
8.00 p.m
1.6.2013

Menghitung Detik

Menunggu masa dan ketika,
Untuk ku menuju semula ke sana
Berat hati untuk meninggalkan rumah dan keluarga
Berat juga hati untuk melakukan apa-apa
Kutahu disana menanti tugasan maha hebat
Lalu kuputuskan
Biarkan masa berlalu sendiri
Tanpa perluku hitung
Kerana masa untuk mengucapkan selamat tinggal akan tiba jua

Ruang tamu
Kuarters kerajaan Malaysia
7.07 p.m
1.6.2013