About Me

Orang gila yang hampir waras dan tak mengaku gila
Powered by Blogger.

Friday, June 7, 2013

Si Pandai atau Si Bodoh?

carilah ilmu sampai ke negeri china.. kalimah yang ku pegang sampai ke hari ini... dan ku akui, hingga detik ini, aku masih kehausan ilmu, kebuluran pengetahuan.. semakin ku gali lubang ilmu, ku rasa semakin cetek.. hairan.. yang kudamba, sebuah kejayaan dan keyakinan dalam ilmu pengetahuan semakin menjauh.. salahkah aku menjadi bodoh? jumud dalam segala hal ilmu? bukan tak dicari segala macam teknologi yang semakin hari semakin membutakan hati manusia, tetapi penat untuk ku berlari mengejar, mengapai lalu ku putuskan untuk bersifat jumud, kaku dan beku.. biarlah mereka yang mampu terus mengejar segala macam anasir bawaan barat.. aku dan konvensional mungkin sukar dipisahkan.. sejak bertatih aku diajar sebegitu.. bukan salah ibuku, bukan salah ayahku, bukan salah guruku, bukan salah sesiapa.. aku yang putuskan untuk jadi begitu serta begini.. kerana menuntut ilmu tanpa guru ibarat menuntut dengan syaitan.. aku tidak mahu menjadi si pandai marc, atau menjadi si genius einstien yang menghuru-harakan dunia.. aku mahu menjadi si bijak yang menunduk ke bumi, mencari cari hama-hama ilmu dalam perjalanan kehidupan waima di saat itu buku dan penulisan hanyalah dijadikan pengelap lantai yang basah.. aku tetap akan menghirup dan menyedut. biarlah.. aku rela menjadi si bodoh yang selalu bertanya daripada aku menjadi si pandai yang alpa agar di saat kematian mengetuk pintu, aku tersedia dengan segala ilmu di dada.

No comments:

Post a Comment