About Me

Orang gila yang hampir waras dan tak mengaku gila
Powered by Blogger.

Tuesday, June 4, 2013

Perjalanan Sebuah Kehidupan

alhamdulillah.. masih aku diberi secangkir peluang untuk menghirup udara di alam fana ini.. agak lama aku tak menjengah ke blog.. sibuk dengan tugasan serta kemalasan membuat aku malas untuk menaip.. hmm.. ketinggalan, meninggalkan atau ditinggalkan? kenapa? aku merupakan insan dalam tiga ketegori tersebut.. dikala semua manusia semakin menghampiri dunia hujung jari, aku semakin meninggalkan keghairahan itu.. semakin aku meninggalkan, semakin aku ketinggalan dan ditinggalkan.. haha! lawak.. aku yang membuat pilihan tapi aku yang menjadi mangsa.. lihat dari persepsi lain, adakah kita semua ini sebenarnya hamba kepada teknologi atau ingin mengikut gaya semasa yang sebenarnya menjadikan kita semua hamba atau ingin dilihat sebagai tidak ketinggalan yang akhirnya turut menjerumuskan kita menjadi hamba.. fikir secara terbuka.. inilah kenyataan hidup pada hari ini... yahudi mula bersorak riang dengan kealpaan kita yang secara sukarela menjadi hamba kepada mereka.. aku tidak menyalahkan sesiapa.. sekadar ingin berkongsi rasa.. mungkin suatu hari nanti aku mungkin akan meninggalkan jalan tradisi lantas cuba untuk mengejar apa yang aku ketinggalan walaupun aku tahu aku masih akan ditinggalkan oleh mereka-mereka yang taksub dengan keajaiban teknologi dan aku tahu aku akan terus ketinggalan, meninggalkan dan ditinggalkan oleh arus teknologi yang terlalu laju dikembangkan..

No comments:

Post a Comment